.:pelangi itu indah:.
kalau di beri peluang dalam hidup ini untuk ubah satu perkara, perkara apa yang yuha akan ubah??
itulah soalan yang ditanya oleh seorang rakan pada satu pagi(dalam pukul 2.30 pagi)...puas dan penat berfikir dan akhirnya dengan pastinya yuha menjawab
- yuha nak ubah saat yuha jumpa dengan "dia"..
rakan yuha bertanya kenapa ubah perkara tu??
- yuha jawab sbb yuha rasa banyak sangat yang buat yuha sedih sepanjang yuha kawan dengan dia.
rakan yuha tanya lagi, adakah yuha pasti perkara 2 yang yuha nak ubah......soalan dia kali ini buat yuha terfikir semula....betul ke ini yang yuha nak.....
akhirnya dia menjawab setelah dia lihat muka yuha makin kelam....
+ kalau saya, saya x akan ubah satu pun perkara yang berlaku dalam hidup saya, kerana apabila saya ubah satu daripadanya, maknanya saya akan ubah kesemua kisah hidup saya...saya suka apa yang berlaku dalam hidup saya, kerana itu qada dan qadar Allah yang ditetapkan untuk saya.
jawapannya buat yuha terpaku dan terdiam. Akhirnya yuha setuju dengan jawapan rakan yuha 2. Kalau yuha ubah sikit pun perkara dalam hidup yuha pasti yuha terpaksa tukar kesuluruhan kisah hidup yuha. Sebenarnya apa yang terjadi dalam hidup ini sememangnya buat yuha gembira dan banyak mengajar yuha erti hidup sebenarnya.Bila difikirkan balik semula, bertuahnya juga yuha kenal "dia". Sikit pun x menyesal....